Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 4 April 2017

Siri Motivasi Kesuburan : Day-6 Embryo Transfer (ICSI-freeze-all-transfer-later)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Hanya pada day-6, barulah :
- 1 embrio baru jadi blastocyst
- 1 lagi masih pada tahap 7C (7 sel ie seolah-olah day-3)



Usia 32 tahun
Berkahwin Ogos 2010.


Pernah menjalani pembedahan kehamilan ektopik pada tahun 2010, sewaktu pembedahan membuang tiub falopian kanan, tidaklah diberitahu adakah pelvis beliau mempunyai peradangan/jangkitan ataupun endometriosis. Beberapa hari selepas pembedahan, beliau dimasukan ke wad semula akibat jangkitan pelvis dan sembuh selepas diberikan antibiotik secara laluan intravena. HSG yang dilakukan selepas itu mendapati tiub falopian kiri masih tidak tersumbat, tetapi beliau masih belum berjaya hamil dengan pemberian ubat subur.


Mac 2014, beliau menjalani IVF kali pertama di sebuah pusat IVF di KL. 
Protokol Antagonist dan triggering menggunakan hCG.
OPU : dapat 11 telur (8 daripadanya telur matang ie M II)
Daripada 8 telur MII, keesokannya 6 berjaya tersenyawa.
Pada day-3, dimasukkan 2 embrio. 
Selebih 4 embrio terpaksa dibuang kerana tidak menunjukkan perkembangan yang bagus.
Beliau tidak berjaya hamil.

.
.
.

Pertama kali berjumpa saya di PHKL pada Mei 2015.

Penilaian saya :

- Ada PCOS (ovulatory ie boleh ovulasi tanpa bantuan ubatan, dengan kitaran 30-35 hari) tetapi telah mula mengalami masalah kolesterol, insulin tinggi. Beliau juga 'overweight' (BMI 28 kg/m2) dan AMH pula sederhana sahaja, ini saya jadikan panduan dalam menetapkan dos suntikan FSH dalam IVF kelak.

- Ada 2 fibroid bersaiz 1.3cm jenis submukosal posterior (memandangkan saiznya masih kecil, saya tidak bercadang melakukan pembedahan membuangnya walaupun umumnya fibroid jenis submukosal ada kaitan dengan gangguan kesuburan).

- Ovari kiri beliau didapati berada pada kedudukan yang lebih tinggi. Adakah disebabkan oleh perlekatan? Saya aturkan HSG.

.
.
.

Appointment kali kedua beliau adalah pada Ogos 2015. Beliau datang dengan laporan HSG : walaupun tiub falopian kiri tidak tersumbat, ada kemungkinan masalah perlekatan pada pelvis. Saya pilihan rawatan sama ada IVF ataupun IUI (dan ubat subur).

.
.
.

Selepas itu, beliau hanya datang semula kali ketiga pada Mei 2016. Kali ini beliau telah bersedia untuk IVF. Beberapa suplemen diberikan sebelum beliau didapati sesuai untuk memulakan rawatan IVF.


Ogos 2016 
IVF di PHKL menggunakan Protokol Antagonist.
Triggering pula menggunakan GnRH agonist (bukan hCG).
Kami merancang buat pendekatan 'freeze-all-transfer-later'.


OPU 26.08.2016 : dapat 13 telur (11 daripadanya telur matang ie MII)
ICSI ke atas 11 telur MII : 8 daripadanya tersenyawa (ICSI fertilization rate = 8/11 = 72.7%
Kesemua 8 embrio berkembang (pada kadar dan kualiti berbeza)
Embriologis bekukan kesemua 8 embrio tersebut pada usia day-3 di dalam 3 straw berasingan.


Haid seterusnya beliau memulakan kaedah 'endometrial priming' untuk FET.
Haid beliau bermula 11.09.2016.
Apabila sesuai, saya dan embriologis berbincang mengenai tarikh FET. Embriologis pun melakukan 'thawing' dan meneruskan kultur embrio sehinggalah mencapai tahap blastocyst. Sepatutnya day-5 dah jadi blastocyst. Namun, pada usia day-5 : masih belum blastocyst. 
Saya pun tunda kepada keesokan harinya ie day-6.
Mujurlah keesokan harinya, ada embrio telah menjadi blastocyst.


FET dilakukan pada 14.10.2016.
Pada day-34 cycle beliau.
Saya dah beritahu sebelum ini, jangan bimbang sekiranya FET dilakukan pada melebihi day-20 apabila menggunakan pendekatan secara 'endometrial priming' formula tertentu.


Pagi day-6. Kami buang embrio yang sebelah kiri dan atas gambar kerana masih pada tahap 7-sel sahaja (seolah-olah usia day-3). Embrio sebelah kanan dan atas, walaupun gred kurang baik berbanding embrio di bawahnya, setelah berbincang, pesakit bersetuju membuat keputusan masukkan juga.


Sejurus sebelum dimasukkan. 


1 daripada 2 embrio yang dimasukkan berjaya implantasi.
Saya teka embrio gred 5BC (seperti dalam gambar di atas), bukannya embrio gred 2CC. (Setakat ini, embrio blastocyst gred CC masih belum membuahkan kehamilan).


Kini usia kandungan beliau telahpun memasuki 27 minggu.
Beliau dan kandungan berada dalam keadaan baik, di bawah jagaan Dr Idora di PHKL.


Tadi, kami berbual melalui WhatsApp. Saya minta kebenaran untuk dikongsi kisah beliau di blog ini sambil meminta maaf kerana baru sahaja menyediakan 'summary' rawatan IVF beliau walaupun beliau telah lama dirujuk kepada Dr Idora. Apabila beliau memberitahu kandungannya telah berusia 27 minggu dan 2 hari, baby boy, saya menjawab;


"Wah! Alhamdulillah. Lagi 10 minggu je ni"


Beliau menjawab kembali;

"Tu la. Dah tak sabar tunggu....padahal dah 7 tahun tunggu".


Beliau masih ada 5 embrio beku dalam simpanan di PHKL.
.
.
.

Dalam kes-kes yang saya kongsikan dalam blog ini, kebanyakannya saya gunakan pendekatan secara 'endometrial priming'. Penting untuk saya memahami konsep endometrial priming sebelum menggunakannya. Setiap satu ubat yang saya gunakan ada tujuannya dan penting untuk mematuhi cara penggunaannya. Saya suka kaedah ini kerana ia memberikan saya kelonggaran dalam memilih hari FET pada hari bekerja sahaja.


Bagaimana pula dengan kaedah natural cycle?
Pun saya ada gunakan tetapi tidak kerap, malah boleh dikatakan jarang. 
Untuk menggunakan kaedah natural cycle, ia agak leceh bagi kedua pihak, saya/embriologis mahupun pesakit. Tarikh FET juga tidak boleh diubah sesuka hati.


Selepas ini, jika diizinkan Allah, kita bincangkan satu kes 'natural cycle' FET.


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.


18 comments:

  1. Assalam Dr Adilah, I really hope that I can meet you to discuss my menstrual issue. Im married, no kids, 35 years old and have no menstrual period since 2008. I have booked an appointment to meet you and hopefully I can see you as soon as possible to see any possibility. Thank you Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah sama dgn saya
      no period
      tapi bln mei lepas saya ambil
      pil perancang yasmin
      alhamdulillah 29 mei saya period sampai 7 jun, darah masih banyak pd hari ke 11
      apa pndangan dr tentang masalah saya?

      Delete
  2. Salam doc.

    Nak tanya sy ni normal
    Je. Cuma teringin nak anak twin. Boleh ke buat ivf juga utk dapatkan twin doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tetapi tidak digalakkan atas sebab risiko (boleh baca post terdahulu saya mengenai 'twin pregnancy')

      Delete
  3. Assalammua'laykum dr Adilah...sy bru lepas buat et 6/4 kt klang.. 21/4 buat bloodtest..gagal.. Problm sy masih xperiod. Sy plan nk jump dr. Sbb berminat dgn pendekatan yg dr gunakan "freeze all transfer later" & stage embryo jd blastocyst stage bru dimasukkan dn % ramai yg bjaya hamil..dgn izinNya.
    Soalan sy bila sy bole jump doctor sbb period xnk kluar sy xsaba nk jump dr ni..risau plk adakah ini normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah stop ubat 'luteal phase', period biasanya akan keluar dalam masa semingu selepas stop ubat. Boleh jumpa mingu hadapan

      Delete
  4. doctor,
    I am 32 years old, married for 7 months.
    Miscarriage once,during early stage.
    Risau sbb since miscarriage, i dah stop period..before kahwin pun period not regular.
    I am obese with BMI 31..
    I was thinking to book an appointment with you after raya.

    InshaAllah

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Doctor,

    My name is Farhana, 32 years old baru berkahwin 8 bulan.
    i pernah miscarriage masa awal2 mengandung, tapi until now dah 6 months period tak datang
    my period mmg tak regular maybe 1 of the factors i obese and dinding rahim tebal
    i risau i cant getting pregnant..huhu

    what should i do> Should i refer to pakar sakit puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. (saya jawab bersekali dengan soalan di atas). Berjumpalah pakar sakitpuan, sekurang-kurangnya untuk merawat masalah ketiadaan haid selama 6 bulan tersebut, ada sebab penting kenapa ia perlu didahulukan.

      Delete
  6. Assalammualaikum dokter.... saya merupakan bekas pesakit dokter.... kali terakhir berjumpa 2014... dgn hanya 1 tiub fallopian yg tidak cantik... ada PCOS.... dokter mencadangkan sya melakukan IVF... atas faktor kewangan.... saya menangguhkan niat itu... alhamdulillah dokter... berkat kesabaran & doa2 yg baik2... 2017 saya tlh berjaya hamil secara semulajadi... insyallah bakal melahirkan zuriat sendiri pd bln nov2017 nnti... terima kasih dokter atas segala nasihat & ilmu yg dokter kongsikan didlm blog2 dokter... saya mmg suka membaca setiap coretan dokter... moga dokter diberi kesihatan yg baik2 utk menbantu mereka2 yg sukar mendptkan zuriat... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah. Tahniah atas kehamilan. Jaga diri :)

      Delete
  7. Salam Doc. Saya ingin bertanya, sekiranya ada masalah senggugut (endometriosis), boleh kah saya buat IVF without undergoes a laparoscopy section first? Saya telah berkahwin utk 4 thn, tidak ada masalah cyst/fibroid, suami isteri alhamdulillah normal. terima kasih Doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senggugut tidak semestinya bermakna ada endometriosis.

      Delete
  8. Salam doktor... saya 39 tahun dan dah 8 tahun kahwin tiada anak. AMH result saya sangat low. Sedih sangat. Ada fibroid, endo dan blocked tube. Saya harap saya dapat buat appointment dengan doktor nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dipermudahkan selepas ini

      Delete
  9. Salam Doktor,

    Saya dah 2x failed FET dengan gred embryo yang cantik (day3, FET pertama transfer 1, kali ke-2 FET dgn blastocyst 2 embryos). Kedua-dua FET implantation failed. Boleh saya tahu kalau sy bole pindahkan embryos ke PHKL di bawah doktor? Saya masih ada 8 lagi (Day3). Tkasih Doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara amnya, hampir kesemua pusat IVF di Semenanjung memberi kerjasama dalam urusan pemindahan embrio ke PHKL, begitu juga sebaliknya. Kami sepakat berpegang kepada pandangan 'embrio-embrio adalah hak pasangan' dan 'semoga pasangan berjaya hamil'. Kita semua hanya berusaha dan tugas doktor pula adalah membantu pesakit, bukannya menyusahkan atau memberi halangan.

      Delete